Panasnya Hari Ini

PKR Tidak Akan Terima Bekas Pemimpin UMNO – Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengulangi pendiriannya tidak akan menerima bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti itu kerana tidak yakin mereka akan membawa agenda reformasi kepada negara.

Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) turut melahirkan lebih keyakinan kepada individu yang menyertai PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kerana jelas pihak berkenaan menyokong agenda reformasi.

“Pada masa sekarang ni kita tak terima kalau UMNO. Siapa yang bersama kita sebelum pilihan raya beri lebih keyakinan mereka mahu reformasi.

“Yang lain, kita kena tengok. Kita perlu ‘engage’ dengan mereka. Rakyat sudah menukar kerajaan untuk lakukan reformasi dalam negara.

“Itu ialah asas kepada sebarang pertimbangan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan.

Baru-baru ini, enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) ; Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing).

Sementara pada 12 Disember lalu hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");