Jenayah

Polis Syaki Pemandu Bas Di Bawah Pengaruh Dadah

KOTA BELUD: Polis mengesyaki pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Belud-Tuaran (Kampung Kelawat) petang semalam memandu di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pegawai penyiasat melihat pemandu berusia 33 tahun itu membuang sesuatu ke dalam longkang di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan (ke atas benda yang dibuang ke dalam longkang) mendapati sebuah beg kecil berwarna merah berisi alat menghisap dadah syabu dan satu paket kecil lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis metamfetamin (syabu).

“Sampel air kencing dan darah pemandu akan diambil bagi tujuan (analisis) kimia/toksikologi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Zaidi, selain disyaki memandu di bawah pengaruh dadah, siasatan awal pihaknya juga mendapati bas itu mungkin dipandu laju sehingga pemandu gagal mengawalnya menyebabkan bas itu terbalik.

Dalam kemalangan kira-kira 5.30 petang itu, 6 daripada 18 penumpang bas yang menghala ke Jeti Tazmahal di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud dari Nexus Karambunai, Sepanggar, cedera. Pemandu bas itu turut mengalami kecederaan ringan.

Semua mangsa kemalangan itu dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan dan pemeriksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");