Jenayah

Polis Tunggu Adib Sembuh Untuk Rekod Keterangan

SHAH ALAM: Pihak polis mengutamakan faktor kesihatan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, sebelum sebarang keterangan daripadanya boleh diambil.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut mengenai Muhammad Adib daripada pihak Institut Jantung Negara (IJN).

“Kita melihat kepada keutamaan kepada sudut kesihatan dia (Muhammad Adib), kita belum dapat kebenaran pihak hospital.

“Biarlah dia selesai dari aspek kesihatan dulu, sebelum sebarang percakapan diambil,” katanya pada sidang media selepas Majlis Maulidur Rasul peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden yang menimpa Muhammad Adib dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis tidak menerima sebarang laporan polis yang mendakwa Muhammad Adib dilanggar jentera bomba seperti yang didakwa pihak pengurusan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, sebelum ini.

Pada Selasa lalu, NSTP melaporkan Muhammad Adib yang parah dipercayai dipukul perusuh di hadapan kuil berkenaan kini tidak lagi menggunakan mesin sokongan jantung.

Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, dilaporkan berkata pihaknya berpuas hati dengan perkembangan positif anggota bomba itu dari semasa ke semasa yang kini berada pada tahap 70 peratus seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");