Perak Hari Ini

Program Potong Rambut dan Repair Seluar Percuma Menjelang Sesi Persekolahan

KUALA KURAU- Pusat komuniti dan Harapan DUN Kuala Kurau telah menganjurkan satu program memotong rambut dan ‘repair’ seluar secara percuma khususnya kepada pelajar lelaki.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamahri berkata program tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban ibubapa menjelang sesi persekolahan tahun 2019.

“Program hari ini akan dijalankan bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari dan jika sambutan menggalakkan program akan dilanjutkan sehingga jam 1 petang,”katanya dalam satu sidang media semasa program Back To School di sini hari ini.

Katanya, menjelang sesi persekolahan ini terdapat kepelbagai keperluan, namun beliau lebih memilih inisiatif untuk memotong rambut dan membetulkan seluar.

Selain itu Abdul Yunus berkata, pemilihan untuk membaiki seluar disebabkan kebiasaannya seluar yang dibeli di kedai tidak mengikut saiz yang diinginkan oleh para pelajar.

“Kebanyakkan pelajar akan pergi ke kedai menjahit pakaian dan menghabiskan sebilangan wang untuk membetulkan seluar mereka.

“Melalui program sebegini, pelajar dapat menjimatkan wang dan sekaligus dengan cara ini dapat membantu pelajar di luar Bandar ,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");