Jenayah

Remaja Cuba Bunuh Di Loji Kumbahan

AMPANG: Remaja remaja lelaki cedera selepas terjun dari tembok di kawasan loji kumbahan di Taman Cahaya, di sini, petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 3 petang itu, remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terjun dari tembok terbabit untuk membunuh diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.50 petang.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari BBP Tun Hussein Onn selain beberapa anggota polis serta kakitangan Hospital Ampang dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba memotong rantai kunci pada pintu masuk loji untuk masuk ke kawasan terbabit.

“Seorang anggota polis pula memanjat tembok untuk masuk ke dalam kawasan loji bagi melihat keadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Akmal berkata, berdasarkan maklumat awal, remaja lelaki itu dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari tembok di tepi jalan ke dalam kawasan loji berkenaan.

“Remaja itu yang terjatuh ke kawasan loji itu kemudian cuba terjun ke dalam ruang kumbahan sedalam tiga meter.

“Bagaimanapun, dia cedera di bahagian pinggang naik semula ke kawasan rumput di lokasi terbabit.

“Saksi yang melihat kejadian itu menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan lanjut dan dia dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

“Motif remaja itu bertindak sedemikian tidak diketahui dan kes terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");