Perak Hari Ini

Saarani, 5 ADUN UMNO Beri Keterangan Kepada SPRM

IPOH:Lima wakil rakyat lima wakil rakyat UMNO hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Meru Raya di sini hari ini untuk memberi keterangan dipercayai berhubung dakwaan wujud gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Turut memberi keterangan berhubung perkara itu adalah Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Lima wakil rakyat UMNO berkenaan hadir mulai jam 12.30 tengah hari iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat diikuti ADUN Rungkup, Datuk Shahrulzaman Yahya.

Seterusnya diikuti ADUN Chandan, Maslin Sham Razman; ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed dan ADUN Lubuk Merbau, Dr. Jurij Jalaluddin.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus mengesahkan telah selesai merakam percakapan Saarani dan kesemua lima ADUN UMNO tersebut.

Sementara itu, Khairul Shahril mengesahkan beliau merupakan antara wakil rakyat UMNO yang ditawarkan untuk menyokong gerakan menjatuhkan Menteri Besar.

Beliau telah memberi keterangan kepada SPRM sekitar sejam setengah hari ini mulai pukul 3.30 petang.

“Saya memberi keterangan kepada SPRM berkaitan dengan isu politik negeri Perak setelah menerima panggilan daripada SPRM pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Proses memberi keterangan berjalan lancar dan jika perlu saya sedia dipanggil semula. Ya saya merupakan seorang daripada yang ditawarkan oleh ‘sahabat-sahabat’ kita berkaitan dengan isu yang berlaku di Perak,” katanya.

Sementara itu, Maslin Sham yang hadir memberi keterangan selama dua jam sekitar jam 2 petang dan mengakui turut mengemukakan beberapa dokumen.

Menurutnya, beliau turut mengemukakan dokumen berkaitan isu politik yang berlaku ketika ini ketika ditanyakan sama beliau
merupakan antara ADUN UMNO yang ditawarkan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

Sementara itu, Saarani tiba di pejabat SPRM pada pukul 3.30 petang dan sehingga pukul 8 malam, beliau masih memberi keterangan.

Jurij merupakan ADUN UMNO terakhir yang tiba untuk memberi keterangan iaitu pada pukul 5 petang dan sehingga pukul 8 malam dan beliau masih memberi keterangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");