Perak Hari Ini

Saarani Dedah Nama Individu Mahu Guling MB Perak?

IPOH:Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad secara sinis memberi gambaran individu yang menjadi dalang berhubung dakwaan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Beliau yang merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak berkata semua pihak boleh bertanyakan kepada Adun Tebing Tinggi Prof. Dr. Aziz Bari adakah beliau adalah individu yang dimaksudkan.

“Saya tiada masalah untuk dedahkan kerana saya mempunyai akuan bersumpah daripada lima adun saya yang telah ditemui dan menariknya ada DAP yang membuat laporan Polis saya ingatkan jangan meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

“Bukan ramai exco dalam DAP ini bukan semua boleh jadi menteri besar, carilah rakan-rakan DAP boleh tanya seorang-seorang, boleh tanya Adun Tronoh bukan saya… tanya Sungkai..bukan saya jadi mudah sahaja dia membuat laporan Polis saya telah buat akuan sumpah boleh cari siapa Tebing Tinggi ke?

“Saya mahu ingatkan menteri besar dan lain boleh tanya Tebing Tinggi betul atau tidak dia adalah orang yang pergi berjumpa adun itu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan diajukan Adun Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mengesa untuknya mendedahkan gerangan individu tersebut pada sesi penggulungan ketua pembangkang Persidangan kelima Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang keempat belas hari ini.

Katanya, jika suasana berlaku rakyat mula bertanyakan siapa gerangan sebenar Menteri Besar apabila timbul pertindihan kenyataan oleh adun dan menteri besar sendiri.

“Depan kita cakap ‘yes sir, saya sokong tuan, tetapi di belakang dia boleh jumpa aduan UMNO mengutuk menteri besar tiada sijil tiada ijazah tidak berwibawa apa ini?

“Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya kata kerana kasih kepada rakyat dan saya tidak mahu berlaku peristiwa memalukan negeri ini kita mesti ada kerajaan yang kuat,” katanya.

Terdahulu Saarani berkata lima adun UMNO telah ditemui individu tersebut bermula pada 2 november hingga Sabtu lepas di beberapa lokasi seperti di restoran dan hotel sekitar negeri ini dan Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");