Perak Hari Ini

Sambutan Hari Natal Disambut Meriah,Peluang Berhimpun Bersama Keluarga

IPOH:Perayaan Krismas disambut meriah di seluruh negara dengan penganut agama Kristian mengadakan rumah terbuka dan amalan kunjung mengunjung yang menjadi tradisi di negara ini.

Gereja-gereja di sekitar negeri ini menjadi tumpuan penganut agama Kristian termasuk warganegara asing bagi upacara keagamaan sejak malam tadi.

Kemeriahan perayaan itu turut dirasai dengan jalan-jalan utama serta pusat beli-belah di bandaraya ini turut dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan hiasan pokok Krismas.

Bagi kebanyakan keluarga beragama Kristian, malam tadi dan tengah hari ini merupakan masa untuk keluarga berhimpun dan makan bersama setelah bersembahyang di gereja.

Cuaca cerah pada sebelah pagi telah menceriakan suasana sambutan perayaan Krismas, dan ramai warga kota mengambil kesempatan pulang ke kampung atau keluar berlibur sempena cuti panjang kali ini.

Sementara pusat beli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong turut dibanjiri bukan sahaja oleh rakyat tempatan tetapi juga warga asing terutama mereka yang bekerja di sini.

Orang ramai pula dilihat mengambil kesempatan mengunjungi tempat-tempat menarik bersempena cuti umum Hari Krismas seperti kompleks beli-belah dan beberapa taman tema di bandar raya ini.

Di IPOH, sambutan Krismas disambut secara sederhana dalam keadaan cuaca yang cerah dengan kebanyakan penganut agama Kristian berkunjung ke gereja di sekitar bandaraya ini untuk bersembahyang.

Seperti di tempat-tempat lain, perayaan itu turut diraikan masyarakat berbilang kaum yang mengunjungi rumah terbuka diadakan oleh rakan-rakan mereka yang beragama Kristian.

Orang ramai turut mengambil kesempatan untuk beriadah bersama-sama keluarga di kawasan tarikan pelancong seperti di Lost World Of Tambun dan juga pusat beli-belah.

Tinjauan Peraktoday mendapati orang ramai mengambil kesempatan hari cuti perayaan Krismas untuk beriadah bersama-sama keluarga di kawasan tarikan pelancongan seperti Taman Tema Animasi MAPS dan pusat beli-belah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");