Berita Hari Ini

Saringan HIV, Kursus Praperkahwinan Buat Pasangan Bukan Islam

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan bersetuju mempertimbangkan undang-undang mewajibkan saringan HIV dan kursus praperkahwinan buat bakal pengantin bukan Islam.

Katanya, ketika menjawab soalan Senator Tuan Aknan Ehtook di Dewan Negara, pertimbangan itu melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kewangan.

“Pengantin bukan Islam berkahwin mengikut undang-undang sivil. Buat masa ini, tiada peruntukan mewajibkan untuk menjalani ujian HIV sebelum mereka berkahwin.

“Perkara ini boleh dipertimbangkan bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

“Pada masa sama, sebahagian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mendapat kesepakatan untuk mewajibkan kursus perkahwinan secara seragam mengikut pelbagai badan agama,” katanya di Dewan Negara hari ini lapor Astro Awani.

Usaha berkenaan juga masih diteruskan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi program rintis di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tambah Dr Wan Azizah, cadangan awal akan dimulakan dengan mengkaji kandungan kursus praperkahwinan dari dua hari kepada separuh hari sahaja dan latihan diberikan kepada pelatih NGO yang berkelayakan.

Sebelum ini, ujian saringan HIV dan kursus pra perkahwinan hanya diwajibkan kepada bakal pengantin yang beragama Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");