Membawang Hari Ini

‘Saya Tak Kisah Uqasha Keluar Dengan Lelaki Lain’

KUALA LUMPUR: Sebagai bukti mereka sekadar kawan, pelakon, Ben Amir, tidak kisah andai aktres jelita yang dikaitkan intim dengannya, Uqasha Senrose, keluar dengan lelaki lain.

Katanya, pihak luar yang tidak mengetahui situasi sebenar menyalah tafsir persahabatan mereka sejak empat tahun lalu dan menggembar-gemburkannya sebagai ikatan cinta.

“Sejak dulu, saya tidak pernah mengiyakan gosip hubungan kami kerana menyangka ia sekadar usikan. Saya cuma menjelaskan kami rapat sebab saya memang tidak mempunyai ramai kawan perempuan.

“Kebetulan pula kami berdua boleh ‘ngam’ dan selesa berkawan. Tetapi, saya tidak kisah pun jika dia mahu keluar dengan orang lain. Itu hak dia.

“Setakat ini, saya sendiri terikat dengan jadual penggambaran drama bersiri. Jika ada hari senggang pula, saya lebih suka memerap di rumah dan tidur, sampai tak sempat cari kekasih. Dalam soal cinta, saya enggan terburu-buru. Bagi saya, kenali dulu hati budi sebelum mendahulukan perasaan,” kata bintang drama bersiri 100 episod, Cinta Tiada Ganti itu lapor Berita harian.

Menerusi drama yang sudah pun tamat tayangannya, baru-baru ini, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 27, bergandingan dengan adik Uqasha, Nelydia Senrose, yang memegang watak Arabella.

“Saya memegang watak Khai yang menyayangi Arabella sepenuh hati. Dalam kisah itu, kami bercinta, namun saya dan Nelydia tidak kekok berlakon bersama kerana sudah saling mengenali.

“Walaupun julung kali digandingkan, kami cepat serasi di set hinggalah penggambaran yang memakan masa lebih sembilan bulan diselesaikan dengan sempurna.

“Apabila bekerja dengan pasukan yang menyeronokkan, tak terasa pun kita sedang bekerja. Malah, kadang kala saya berasa tidak sabar mahu memulakan tugas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");