Panasnya Hari Ini

Saya Tidak Memiliki Harta Untuk Diisytihar – Waytha Moorthy

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mengakui tidak mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak memiliki sebarang harta.

Jelas Waytha, beliau sudahpun meminta pejabatnya untuk memberi nota kepada SPRM berhubung perkara ini.
“Saya memang tiada harta. Saya cuma isytiharkan pendapatan saya.

“Sepanjang hidup saya adalah aktivis, dan semua pendapatan saya digunakan dalam memperjuangkan nasib kaum India yang miskin.

“Jadi saya tak ada akses wang untuk membeli harta. Dalam 15 tahun saya bekerja sebagai peguam, saya tidak ada harta. Orang biasa mungkin ada, memang pendapatan saya sekian lama begitu,” kata Waytha Moorthy ketika ditemui di lobi Parlimen, pada Isnin lapor Astro Awani.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan 13 ahli Parlimen kerajaan masih lagi belum melakukan pengisytiharan harta setakat Jumaat lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");