Berita Hari Ini

Sebahagian Klinik 1Malaysia Ditutup: Menteri Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR: Penutupan 34 buah Klinik 1Malaysia (K1M) dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang dinilai pihak Kementerian Kesihatan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut laporan Astro Awani, berikut adalah kriteria penutupan K1M:

1. Purata kehadiran kurang daripada 40 pesakit sehari

2. Terdapat kemudahan kesihatan kerajaan lain dalam lingkungan jarak 5 kilometer dari K1M

3. K1M tidak terletak di kawasan Projek Perumahan Rakyat

4. Dipersetujui oleh Jabatan Kesihatan di negeri yang berkenaan

“Setiap K1M yang dipilih untuk ditutup akan turut dinilai secara eksklusif bagi memastikan keputusan bagi penutupan adalah benar-benar wajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tambah beliau, K1M di projek-projek perumahan rakyat (PPR) tidak ditutup meskipun purata kehadiran pesakit kurang daripada 40 pesakit sehari.

“Proses penutupan fasiliti K1M adalah secara ‘soft landing’ iaitu sehingga tamatnya tempoh sewaan premis masing-masing. Kakitangan di fasiliti K1M yang terlibat akan ditempatkan semula (redeployment) ke Klinik Kesihatan Induk masing-masing.

“Manakala Klinik Komuniti akan diwujudkan bagi menambah nilai dari Klinik 1Malaysia serta penyusunan dan pengurusan sumber yang lebih efektif dan menjimatkan kos.” Katanya.

Antara fokus utama perkhidmatan Klinik Komuniti adalah menjurus kepada Rawatan Pesakit Luar, fokus kepada rawatan dan kawalan penyakit tidak berjangkit serta Kecemasan Asas.

Dzulkefly berkata Klinik Komuniti juga akan ditambah nilai dengan menempatkan Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi di fasiliti terpilih secara berperingkat.

Daripada 347 buah K1M semasa, sejumlah 293 akan ditambah nilai dan menjadi Klinik Komuniti, manakala 20 buah akan dinaik taraf fasiliti kepada Klinik Kesihatan, manakala 34 yang lain bakal ditutup.

Beliau menjawab status Facebook bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan kewajaran penutupan K1M.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");