Perak Hari Ini

Sedia Bagi Kerjasama Pada SPRM-MB Perak

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya perlu bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah menjatuhkan Menteri Besar Perak.

Katanya tidak menjadi masalah baginya memberikan kerjasama kepada pihak SPRM biarpun tidak mengetahui dengan jelas berhubung isu tersebut .

“Jika SPRM mahu memanggil saya kerana perkara ini, saya sendiri tidak begitu jelas hanya akan menyatakan apa yang saya dengar dan baca melalui media sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan peringkat Negeri Perak di dewan kompleks Kementerian Dalam negeri Meru hari ini.

Malah katanya peringkat kepimpinan Bersatu Perak belum membincangkan serta menyiasat berhubung dakwaan itu.

Terdahulu difahamkan semalam SPRM akan memanggil Exco kerajaan Negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan tersebut.

Menurut sumber, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi akan diminta hadir ke pejabat SPRM Perak pada Rabu atau hari ini bagi dirakam percakapan berhubung isu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");