Berita Hari Ini

SPRM: 37 Lagi, Termasuk Timbalan Menteri Belum Isytihar Aset

SPRM mendedahkan bahawa terdapat 37 lagi pemimpin Pakatan Harapan belum mengisytiharkan aset mereka.

Mereka, termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Shahruddin Md Salleh adalah antara mereka yang belum berbuat demikian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Shamshun Baharin Mohd Jamil memberitahu Malaysiakini bahawa, selebihnya termasuk 13 ahli parlimen dan 24 setiausaha politik.

“Sehingga hari ni, seperti yang saya terima dari kakitangan saya yang memproses data dari borang (pengisytiharan) yang kami terima, setakat ini dia (Shahruddin) belum lagi mengemukakan (butirannya),” katanya.

Bagaimanapun, Shamshun berkata beliau tidak pasti sama ada Shahruddin telah mengisytiharkan asetnya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini sedang menghubungi timbalan menteri itu, yang adalah ahli parlimen Bersatu bagi parlimen Sri Gading, untuk mendapatkan reaksinya.

Shamshun berkata semua wakil rakyat PH dan kakitangan kerajaan diwajibkan mengisytiharkan aset mereka kepada perdana menteri dan memberi satu salinan butiran mereka kepada SPRM.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");