Membawang Hari Ini

Sufie Pilih Ahli Perniagaan Sebagai Bakal Isteri

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun berkenalan, penyanyi, Sufie Rashid, 27, bertunang dengan ahli perniagaan, Nurulain Md Yusof, di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi, lapor BH Online.

Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis pertunangan mereka hanya dihadiri anggota keluarga terdekat dan teman rapat pasangan terbabit.

Pada majlis itu, keluarga artis berasal dari Singapura itu menyerahkan enam dulang hantaran kepada pihak perempuan, berbalas tujuh.

Menurut BH Online lagi, antara barangan hantaran termasuk sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan wangian dan pakaian.

Kedua-dua keluarga bersetuju memberikan tempoh setahun bagi ikatan pertunangan itu, selain wang hantaran berjumlah SGD10,000 (RM30,392) serba satu.

Juara Akademi Fantasia 2015 yang popular dengan lagu Aku Sanggup dan Kisah Dua Muka itu mula berkenalan dengan Ain pada penghujung 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");