Berita Hari Ini

Sultan Selangor Dukacita Viral Baginda Terbabit Perhimpunan

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kesal dan dukacita dengan kenyataan yang tersebar di media sosial dan WhatsApp iaitu ‘Sultan johor pemangku sultan pahang sultan Selangor turun Himpunan ICERD 8-12-2018 bersama anak Melayu Bumiputera’.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya semua pihak tidak membabitkan nama baginda dengan sebarang perhimpunan anjuran parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kenyataan yang disebarkan itu boleh mengelirukan masyarakat. Sultan Selangor sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

“Justeru, baginda mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Esok, dijangkakan beberapa parti politik dan NGO akan menyertai perhimpunan berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) di Kuala Lumpur.

Pada 23 November lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");