Perak Hari Ini

Tender Projek Balai Bomba Kampung Gajah Dibuka Semula

IPOH:Projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah telah ditender semula oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 24 Oktober lalu setelah dibatalkan oleh kerajaan, Jun lalu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata tender pembinaan Balai Bomba tersebut telah dibuka pada 29 Januari 2018 dan kemudiannya terpaksa dibatalkan berdasarkkan surat arahan kementerian kewangan bertarikh 29 Jun 2018 yang membuka tender semula projek-projek belum dikeluarkan surat Setuju Terima (SST).

Beliau menjawab soalan lisan daripada Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) pada Persidangan kelima Mesyuarat Ketiga, penggal pertama Dewan negeri yang keempat belas hari ini.

Katanya bagi perancangan masa hadapan pihak jabatan Bomba dan Penyelamat Perak telah mempunyai tapak di mukim Pasar Salak bagi pembinaan balai bomba di kawasan tersebut bagaimanapun justifikasi pembinaan sesebuah balai bomba dikawasan tersebut masih belum mencapai piawaian batan dalam analisa risiko kawasan terbabit.

“Jabatan ada menyediakan persatuan bomba sukarela Seberang Perak bagi menangani kes kecemasan kawasan tersebut dan jarak anatara balai bomba sedia ada ialah di Balai Bomba Seri Iskandar

“Pihak jabatan bomba juga telah menjalankan program kempen kesedaran kebakaran di sekolah-sekolah bagi mengelakkan berlakunya kebakaran dan perancangan berjadual setiap tahun bagi pemeriksaan menghapuskan bahaya kebakaran (MBK) di setiap premis bagi pencegahan kebakaran,” katanya.

Mengulas mengenai kekurangan jumlah kemudahan Balai Bomba dan penyelamat di negeri ini katanya setakat ini agensi yang ditubuhkan banyak membantu pihak jabatan malah bagi Bandaraya Ipoh Jabatan Bomba dan Penyelamat Meru masih mampu menampung sebarang masalah yang timbul.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");