Perak Hari Ini

The Sacred Riana Kini Menghantui Di MAPS

IPOH- Movie Animation Park Studios (MAPS) menampilkan rumah hantu pertama The Sacred Riana dan Boboiboy Cattus Coaster sebagai tarikan terbaru.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Farid Abdul Aziz berkata, terdapat beberapa tarikan terbaru dan yang paling menarik adalah The Sacred Riana kerana rumah hantu sebegini adalah yang pertama Di Malaysia.

“Usaha ini adalah kerjasama antara pihak MAPS dengan Trilogi Magic Factory dari Indonesia yang turut sama menjayakan rumah hantu ini khususnya buat semua pengunjung yang datang ke MAPS,” katanya dalam satu sidang media semasa Review Media di sini hari ini.

Ketua Pegawai Operasi MAPS, Mohd Farid Abdul Aziz
Pengasas Trilogi Magic Factory, Oge Arthemus

Pihak MAPS dan syarikat pengurusan Sacred Riana telah mendapat kata persetujuan bagi menjalinkan rangkaian di taman tema berkenaan malah, Sacred Riana merupakan salah satu daya tarikan yang kekal di MAPS.

Menurut beliau, harga tiket masuk telah dikurangkan kepada RM45 yang mana dijual di karnival-karnival, jika pembelian atas talian berjumlah RM60 dan secara ‘walk in’ adalah RM80, malahan menerusi harga tersebut, pengunjung dapat menikmati keseronokan yang sedia ada tetapi tidak termasuk tarikan terbaru tersebut.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM15 mengikut terma dan syarat.

Dalam pada itu, Pengasas Trilogi Magic Factory, Oge Arthemus ditemui berkata, rumah hantu Sacred Riana adalah yang pertama kali diadakan di dunia berkonsepkan The Sacred Riana.

“Perbezaan yang di bawa di rumah hantu The Sacred Riana adalah menggunakan semua cerita yang terdapat dari kisah Riana termasuk kesemua hantu yang terdapat di sini,”katanya.

Menurut Oge, maklum balas yang diberikan daripada pengunjung adalah mereka sangat takut sehinggakan ada yang keluar merangkak, tidak sengaja terkencing di dalam seluar dan ada yang

Cattus Coaster yang terdapat di dalam Boboiboy Cattus Coaster

Dalam pada itu, MAPS turut mengadakan teater muzikal iaitu Hantu Kak Limah The Musical yang akan dipertontonkan kepada umum buat julung kalinya pada 24 hingga 31 Desember ini dengan harga tiket masuk bernilai RM90.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");