Perak Hari Ini

Tiada Aduan Rasmi Mengenai Kenaikan Harga Peralatan Sekolah

IPOH- Kerajaan negeri berpuas hati dengan penjual di negeri ini ekoran tiada aduan rasmi yang diterima daripada pengguna mengenai kenaikan harga peralatan persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A Sivanesan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemeriksaan di semua premis yang menjual kelengkapan sekolah bermula dari 22 hingga 26 Desember ini.

“Harga peralatan sekolah tidak dikawal oleh KPDNHEP, namun sebarang tindakan boleh diambil jika ada peniaga yang cuba mengambil keuntungan secara tidak munasabah.

“Para peniaga juga perlu memastikan penanda harga dibuat pada setiap barangan termasuk barangan keperluan sekolah dibawah Perintahan Kawalan Harga 1993,”katanya dalam satu sidang media semasa pemeriksaan melibatkan barangan keperluan sekolah di Mydin Meru di sini hari ini.

Selain itu Sivanesan berkata, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan hak mereka untuk membuat aduan jika terdapat peniaga yang yang mengambil kesempatan serta tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Justeru itu, jika ada aduan diterima malah keadaan tersebut begitu rumit, perbincangan akan dilakukan dan tindakan segera akan diambil,”katanya.

Pada perkembangan yang sama katanya, pihak kerajaan negeri sedang merangka cadangan untuk menganjurkan Karnival Jom Pergi Ke Sekolah yang mana akan menyediakan semua kelengkapan sekolah.

“Saya menyeru agar Persatuan Pengguna tampil kehadapan dan berbincang mengenai perkara ini supaya keputusan dapat dibuat dan karnival seperti ini boleh dilaksanakan pada tahun akan datang,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");