Perak Hari Ini

Tiada Keperluan Laksana Cadangan Jual MAPS – MB Perak

IPOH: Kerajaan Perak tidak bercadang untuk menjual Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Bandar Meru Raya, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hal ini kerana jumlah pengunjung dan perkembangan yang semakin baik terhadap MAPS dalam tempoh terkini menjadikan mengapa cadangan tersebut dilihat tiada keperluan untuk dilaksanakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Adun Aulong, Nga Kor Ming yang mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya taman tema tersebut dijual ekoran mendakwa MAPS mengalami kerugian yang besar sehingga kini.

“Saya menerima baik pandangan semua pihak berhubung perkara seperti ini namun, saya fikir mungkin beliau tidak mendapat maklumat terkini tentang apa yang berlaku di taman tema berkenaan.

“Pengurusan MAPS telah melakukan yang terbaik sehingga menjadikan jumlah pengunjung kini menaik secara mendadak.

“Saya percaya jika usaha mempromosikan taman tema berkenaan diteruskan, ia juga akan terus menjadi salah satu tarikan utama di Ipoh,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, masalah yang melanda MAPS sedang giat diselesaikan semua pihak termasuk langkah kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pelabur baharu dalam kalangan syarikat swasta terhadap MAPS.

“Jika ia benar-benar merugikan kerajaan negeri, maka tindakan drastik bakal di ambil namun, pada masa kini, perkembangan taman tema tersebut sangat baik. Walau bagaimanapun, sekali lagi saya jelaskan, saya menyambut baik pandangan ADUN Aulong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Penerbangan Sulung Air Asia Singapura-Ipoh-Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam sidang media berasingan, selain melakukan penjualan menerusi tender terbuka, Kor Ming turut mencadangkan agar kerajaan negeri dapat mengaplikasikan sistem merit kepada para kontraktor di MAPS yang tidak melaksanakan tugas dengan baik

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");