Perak Hari Ini

Tidak Boleh Ditolak Mentah-Mentah Tetapi Diteliti Dengan Saksama – Yunus

KUALA KURAU- PKR negeri Perak mengulas bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu tidak boleh ditolak mentah-mentah tetapi perlu diteliti dengan saksama.

Bekas Setiausahanya , Abdul Yunus Jamhari berkata, keadilan meraikan perbezaan pandangan begitu juga lumrah bagi mana-mana parti.

“Beberapa hujah yang dismpaikan oleh beliau kuat dan ada kebenarannya.

Politiking sebegini perlu beri kesan yang baik kerana apa saja keputusan pasti memberi kesan kepada rakyat dan negara,” katanya dalam satu sidang media semasa program Back To School di sini hari ini.

Kata beliau lagi, pemilihan Rafizi adalah mengikut kebijaksanaan pucuk pimpinan itu sendiri.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin yang meminta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti.

Abdul Yunus turut mengulas mengenai pembangunan di kawasan Kerian dalam tempoh lima tahun dimana, pihaknya akan menyelesaikan segala aduan rakyat dan membawa pelabagai pembangunan.

“Projek yang terbengkai juaga akan diselesaikan disamping membawa lebih banyak para pelabur melabur di sana.

“Perkara yang paling penting disamping pembangunan secara material adalah memastikan pembangunan korohanian dapat diseiiringkan dengan corak pembangunan di kawasan ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");