Berita Hari Ini

Tiga Pekerja Subkontraktor TNB Melecur Terkena Renjatan Elektrik

TAIPING – Tiga pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja kabel di hadapan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Tiga, Kamunting di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10.55 pagi, mangsa, Syawal Che Rose, 30, mengalami kecederaan parah apabila melecur 50 peratus di beberapa bahagian badan termasuk tangan, kaki dan muka.

Dua rakannya, G. Muniandy, 39, dan Ahmad Nor Fitri Saidin, 21, pula masing-masing melecur 20 dan 10 peratus di bahagian badan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila jentera yang digunakan pekerja terbabit untuk mengorek tanah telah terkena kabel elektrik dan menyebabkan ia tiba-tiba meletup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Muhamad Yassir Adnan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 11 pagi sebelum enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang melecur segera dijalankan dengan membawa ketiga-tiga mangsa ke Hospital Taiping,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");