Berita Hari Ini

Tiga Telco Jepun Enggan Guna Huawei, ZTE

TOKYO: Tiga syarikat telekomunikasi (Telco) Jepun tidak akan menggunakan peralatan rangkaian dikeluarkan oleh Huawei Technologies Co Ltd (Huawei) and ZTE Corp (ZTE).

Akhbar Kyodo News hari ini melaporkan, rancangan itu membabitkan kemudahan peralatan semasa selain pelaksanaan perkhidmatan generasi kelima (5G) akan datang.

Minggu lalu, sumber memberitahu mengenai rancangan kerajaan Jepun untuk melarang pembelian peralatan keluaran Huawei dan ZTE bagi melindungi sistem pertahanan dan risikan negara itu daripada masalah kebocoran dan serangan siber.

Namun, usaha menghubungi wakil tiga syarikat terbabit iaitu NTT Docomo Inc, KDDI Corp dan SoftBank Group Corp untuk maklum balas berhubung laporan itu tidak berjaya.

Amerika Syarikat sudah menutup pasaran bagi semua produk keluaran Huawei manakala Australia dan New Zealand menyekat peralatan syarikat itu daripada terbabit dalam pembangunan rangkaian 5G di negara mereka.

Ia susulan kebimbangan kaitan firma berkenaan dengan kerajaan China namun Huawei berulang kali menyangkal dakwaan bahawa Beijing mempunyai pengaruh ke atas syarikat itu.

Sementara itu di Beijing, Kementerian Luar China berkata, mereka tidak pernah menerima laporan mengenai mana-mana negara, yang mengalami masalah keselamatan susulan menggunakan produk keluaran Huawei.Jurucakapnya, Lu Kang berkata demikian dalam satu taklimat media harian di Beijing.

Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhuo ketika ini masih berusaha untuk dibebaskan dari tahanan dengan ikat jamin sementara menunggu proses ekstradisi.

Dia ditahan di Vancouver, Kanada pada 1 Disember lalu atas permintaan Amerika Syarikat-HMetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");