Berita Hari Ini

Tsunami: Tiada Rakyat Malaysia Dilaporkan Terbabit

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit setakat ini dalam insiden kejadian ombak besar akibat tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa, Indonesia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam satu kenyataan, memaklumkan ia akan terus memantau kejadian ombak besar akibat tsunami di Banten, Jawa dan Lampung, Sumatera itu dengan rapi dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung insiden itu.

“Rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas di talian +62 813 80813036 ,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa kejadian gelombang dan ombak besar yang berlaku di pesisiran pantai Lampung Selatan, Sumatera dan Pandeglang, Serang dan Cilegon di Banten, Jawa kira-kira jam 9.20 malam tadi itu (waktu tempatan) adalah gelombang tsunami.

“Kejadian tsunami dipercayai disebabkan oleh tanah runtuh dalam laut susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda.

“Gunung berapi ini mengalami letusan kecil sejak kebelakangan ini. Tsunami ini menyebabkan sekurang-kurangnya 43 kematian dan hampir 600 mangsa cedera. Sehingga kini, tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia terbabit dengan kejadian ini,” katanya.-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");