Perak Hari Ini

TUDM Mengalukan Penyertaan Bagi Lulusan Diploma dan Bukan Bumiputera

IPOH- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalu-alukan penyertaan mereka dari lulusan diploma dan bukan bumiputera untuk menyertai angkatan TUDM bagi siri akan datang.

Seramai 308 orang pelatih berjaya menamatkan latihan perajurit muda TUDM siri ke-59 bagi tahun 2018 telah diraikan dalam satu majlis Istiadat perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PjM U) di Institut Latihan Tentera Udara (ITU) di sini hari ini.

Istiadat Perbarisan ini disempurkana oleh Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang, pegawai-pegawai kanan TUDM dan ahli keluarga perajurit muda.

Dalam pada itu Affendi berkata, promosi-promosi giat dijalankan supaya lebih ramai belia dapat menyertai kerjaya sebagai seorang anggota TUDM.

“Pentauliahan kali ini terdapat hampir 40 orang perajurit yang datangnya dari Sabah serta Sarawak,”katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Istiadat Tamat Latihan Perajurit Muda Udara di sini hari ini.

Tambahan, para perajurit ini tidak ketinggalan dalam bidang akademik kerana mereka telah didedahkan dengan modul latihan jasmani, kawad, pengenalan senjata, latihan medan, etika tentera, pengethuan awam serta modal insan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan para perajurit supaya sentiasa memelihara disiplin diri, imej dan nama baik perkhidmatan.

“Pihak pengurusan TUDM juga tidak akan sesekali berkompromi dengan anggotanya yang melanggar tattatertib dan disiplin yang bertentangan dengan perundangan perkhidmatan dan undang-undang sivil,”katanya semasa ucaptama istiadat perbarisan sebentar tadi.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan payung terjun dari prajurit Pasukan Khas Udara (PASKAU), teknik bertempur tanpa senjata dan persembahan akrobatik dari anggota TUDM.

Pada majlis kali ini juga, PjM U Muhammad Akmal Azwan Noor Esam telah dinobatkan sebagai PjM U terbaik keseluruhan dengan menerima piala pusingan Panglima Tentera Udara, PjM U Muhammad Iqbal Ismail menyandang anugerah PjM U Akademik Terbaik dengan menerima piala pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dan PjM U Sidi Omar Mottar Shah turut dinobatkan sebagai PjM U penembk terbaik dengan menerima piala pusingan Asisten Ketua Staf Tadbir.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");