Perak Hari Ini

Usaha Bawa Pembangunan Baru Ke Buntong

IPOH:Kerajaan Negeri yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan memberi jaminan akan memberikan wajah baru kepada Buntong yang terkenal dengan identiti produknya kacang putih.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan kini akan berusaha bersungguh-sungguh memberi perkhidmatan terbaik untuk semua kaum.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Buntong sempena sambutan Deepavali dan Krimas di Bulatan Tun Sambathan Jalan Sungai Pari di sini hari ini.

Malah katanya produk Kacang Putih di Buntong berpotensi besar untuk diketengahkan dan dipromosikan bagi menembusi pasaran antarabangsa.

“Exco pelancongan telah ke China dan berjaya memulakan rundingan bagi penerbangan terus dari Guangzhou ke Ipoh tak perlu pergi ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan apabila pelancong sampai sahaja di lapangan terbang kita hidangkan kacang putih yang terbaik di dunia.

“Kita perlu usahakan semua pelancong dapat mengenali keunikan kacang putih saya yakin produk ini juga mampu dipasarkan ke Negara China kelak,” katanya kepada hampir 5,00 orang pengunjung yang hadir.

Katanya bagi memastikan produk tempatan mampu menembusi pasaran luar negara para pengusaha perlu melipatgandakan usaha selain memastikan kualiti produk sentiasa ditingkatkan.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong sememangnya mahu memajukan kawasan Buntong namun apa yang kita mahu lakukan tidak boleh berlaku sekelip mata saya bukan ahli silap mata petik jari semua menjadi tetapi semua perkara memerlukan perancangan.

“Kita akan pastikan pembangunan akan dibawa ke kawasan Buntong, dengan sokongan rakyat dalam tahun hadapan kita mesti usahakan juga,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");