Perak Hari Ini

Wanita Warga Emas Ditipu RM55 Ribu

IPOH- Seorang wanita warga emas ditipu sebanyak RM55,000 setelah menerima satu panggilan palsu.

Mangsa telah meminta bantuan daripada Pusat Khidmat Ipoh Timur, bagi menyelesaikan kes berkenaan dan meminta orang ramai untuk berhati-hati apabila menerima panggilan daripada pihak yang tidak dikenali untuk meminta bantuan daripada ahli keluarga terlebih dahulu.

Pegawainya Steven Tiw Tee Siang berkata, susulan aduan tersebut, pihaknya telah membawa mangsa berjumpa pegawai penyiasat PDRM.

“Pihak kami juga diminta supaya menasihati orang ramai bagi menghubungi balai polis yang terdekat apabila menerima panggilan sebegitu untuk pengesahan kesahihan,”katanya semasa dalam satu sidang media di Wisma Impian DAP di sini hari ini.

Terdahulu, mangsa Choong Fan Chen berusia 69 merupakan pesara kerajaan berkata, pada 8 Desember lalu beliau telah menerima satu paggilan daripada pihak pos Malaysia mengenai barang yang tidak dituntut iaitu kad pengenalan dan kad kredit.

Sejurus itu, pihak pos tersebut menyarankan supaya paggilan tersebut disambung kepada petugas di IPD Kuala Terengganu bernama Ben Ley dan beliau disahkan terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram dan menerima wang sebanyak 10% daripada itu.

Pada 10 dan 11 Disember, mangsa telah memasukkan sejumlah wang ke akaun yang telah diberikan bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Setelah sejumlah wang dimasukkan kepada pihak berkenaan, beliau masih diminta untuk ke mahkamah bagi perbicaan kes dan diminta membayar lagi sejumlah wang sebagai jaminan.

Mangsa menyedari beliau telah ditipu ekoran panggilan dibuat olehnya bagi mendapatkan resit bayaran gagal dijawab.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");