Jenayah
Like

2 Budak Maut Dikelar

January 9, 2019
226 Views
0 Comments
42 seconds read
2 Budak Maut Dikelar

YAN- Dua kanak-kanak maut dikelar seorang lelaki di Kampung Sungai, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, kanak-kanak perempuan, 4, dan kanak-kanak lelaki, 1, yang berada di dalam bilik bersama ibunya kemudian diserang suspek sebelum dikelarnya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun ditahan sejurus selepas kejadian.

“Siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Komen & Pendapat

Comments are closed.