Jenayah

3 Individu Termasuk Pengarah Syarikat Bergelar Datuk Direman 3 Hari

PUTRAJAYA: Tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bergelar Datuk direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah serta tuntutan palsu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

BH Online melaporkan Majistret Izza Zulaika Ruhanuddin membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu sehingga Jumaat ini.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada jam 9.10 pagi dengan pakaian reman SPRM dan tangan bergari.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek disyaki menerima rasuah daripada pembekal peralatan kilang berhubung pembelian mesin bagi operasi sebuah syarikat yang kedua-dua pengarah syarikat itu turut mempunyai saham.

Sumber turut memberitahu, ketiga-tiga suspek juga disyaki terbabit dalam salah guna kuasa ke atas dana syarikat untuk kepentingan peribadi.

Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM semalam ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah syarikat bergelar Datuk berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari manakala seorang lagi suspek iaitu pengarah syarikat berusia 51 tahun pula kira-kira sejam kemudian.

Seorang lagi suspek wanita yang juga ejen insurans berusia 29 tahun ditahan pada jam 2 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");