Perak Hari Ini

5 Buah Kampung Terlibat Dalam Bencana Ribut Di Gugusan Manjoi

IPOH- Susulan bencana ribut yang berlaku di Gugusan Manjoi, lima buah kampung telah dilaporkan terjejas akibat bencana yang berlaku pada Ahad.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, maklumat terkini mencatatkan seramai 23 orang terdiri daripada 8 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan berdasarkan laporan sehingga jam 2.15 petang semalam.

“Jumlah yang dicatatkan ini bukan bererti hanya 8 rumah sahaja yang terjejas tetapi ada diantara mereka yang berpindah ke rumah sanak- saudara,” katanya dalam satu sidang media semasa Majlis Pembukaan Rasmi Layang Layang Flying Academy di LTSAS di sini semalam.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Manjoi yang melibatkan kerosakan 27 buah rumah, Kampung Sungai Tapah Seberang melibatkan 25 buah rumah, Kampung Dato Ahmad Said 2 sebanyak 16 buah rumah, Kampung Sungai Tapah Tambahan sebanyak 28 buah rumah dan Kampung Tengku Hussein turut mencatatkan kerosakan sebanyak 35 buah rumah.

Secara keseluruhan 131 rumah yang rosak dan aggaran keseluruhan kerosakan adalah sebanyak RM234,000.

Katanya lagi, pusat pemindahan sementara tersebut terdapat di surau Kampung Tengku Hussein yang terletak di Jalan Kolam.

Terdahulu katanya, Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein, Manjoi telah dijadikan sebagai bilik gerakan untuk menyelaraskan bantuan dan mendapatkan maklumat mengenai mangsa bencana ribut tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");