Perak Hari Ini

6 Sekeluarga Hidup Daif, Mohon Bantuan

IPOH:Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Itu yang boleh disifatkan apabila berkesempatan mengunjungi sebuah rumah usang yang didiami enam beranak di kawasan perumahan Fasa 2 RPT Kampung Sri Aman Menglembu, apabila bukan sekadar kelihatan melalui kehidupan yang sukar daripada segi fizikal, malah sengsara jiwa.

Rumah mereka yang hanya mempunyai satu buah bilik yang kecil, tidak mempunyai ruang dapur malah dinding hanya ditutupi kepingan ‘plywood’ dan zink menjadi ruang ahli keluarga itu berehat setiap hari.

Malah, keadaan di dalam rumah yang disewa sebanyak RM200 sebulan itu kelihatan tidak terurus malah kelihatan di sudut tepi rumah si ibu hanya duduk di atas kerusi roda melihat si anak kecil bermain.

Menceritakan kisah hidupnya Haslina Nyusi 43 mengakui hidupnya berubah setelah dia menghidap penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang hingga sebelah daripadanya kakinya terpaksa dipotong.

Haslina yang dahulunya bekerja sebagai pencuci pejabat terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesihatan dan bergantung hidup kini dengan wang bantuan sara hidup RM450 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan.

Lebih menyedihkan Haslina terpaksa menanggung empat orang anaknya yang masih bersekolah dan berhadapan dengan kesukaran untuk ke pusat dialisis setiap tiga kali seminggu.

“Saya mempunyai anak sebanyak empat orang berumur daripada 17 tahun hingga yang paling kecil berumur enam tahun, mereka pergi ke sekolah dengan berjalan kaki sekitar dua kilometer daripada rumah.

“Saya terpaksa menaiki Grab ke pusat Dialisis dengan bayaran RM8 setiap tiga kali seminggu saya tidak mampu menanggungnya,” katanya.

Minta Bantuan Motosikal Roda Tiga

Bertanya mengenai bantuan yang diperlukannya, jelas Haslina menjadi harapan baginya memiliki sebuah motosikal roda tiga untuk memudahkannya bergerak ke pusat dialisis dan menghantar anaknya ke sekolah.

“Jika sebut bantuan apa, saya terima apa sahaja bantuan yang diberikan, namun saya tidak mampu membayar perkhidmatan Grab jika saya ada motosikal itu mudah saya untuk mendapatkan rawatan dialisis,” katanya.

Katanya lagi kerja suaminya sebagai pemandu lori tidak cukup menampung kehidupan dan kos perubatannya kini.

“Saya sepatutnya perlu membeli ubat untuk menambah darah tetapi saya tiada wang dan tidak membelinya,” katanya.

Katanya lagi, kehidupan seharian turut dibantu oleh keluarga terdekat.

Bagi orang ramai yang simpati dan ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi Haslina di talian (017-5892563).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");