Berita Hari Ini

Ahli Politik BN Mungkin Terlibat Aktiviti Ah Long

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan pengguna mendakwa 2 ahli politik Barisan Nasional (BN) mungkin terlibat dalam kegiatan ah long yang memeras beribu-ribu penjawat awam dengan berselindung di sebalik aktiviti koperasi.

Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) berkata ia telah memberi maklumat mengenai perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal tahun lepas.

Yang Dipertua Samsudin Mohamad Fauzi berkata dia menerima banyak aduan daripada penjawat awam sejak 2017 mengenai cara mereka dipengaruhi untuk meminjam wang, dengan dikenakan kadar faedah sangat tinggi.

Katanya, kedua orang ahli politik tersebut menggunakan syarikat koperasi berkenaan dengan nama berbaur Islam untuk mempengaruhi penjawat awam.

Menurutnya, pemohon-pemohon pinjaman itu akan diberi wang 3 hari selepas permintaan dibuat.

“Hutang itu kemudian dipotong melalui gaji mereka dan dicatatkan dalam slip gaji,” beliau memberitahu media hari ini.

Beliau percaya, sekurang-kurangnya 150,000 penjawat awam telah mendapatkan pinjaman daripada koperasi tersebut.

Samsudin berkata, pihaknya dalam proses merujuk kes tersebut kepada peguam negara memandangkan “koperasi itu mungkin tidak berhak memotong gaji daripada penjawat awam”.

Menurutnya, setelah memeriksa dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), koperasi tersebut didaftarkan sebagai pembekal pendidikan.

“Nama ahli politik itu disenaraikan sebagai seorang daripada pengarah syarikat berkenaan,” katanya.

Samsudin tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana perkara tersebut akan disebut di mahkamah tidak lama lagi.

FMT telah menghubungi SPRM dan sedang menunggu respons.

Seorang pegawai kastam berumur 30 tahun yang turut berada di sidang media itu memberitahu, beliau melihat nama syarikat koperasi pertama kali di media sosial dan memohon pinjaman pribadi.

“Mereka panggil saya sebaik sahaja saya mendaftar. Ia mengguna nama Islam dan memberitahu mereka akan potong gaji yang akan dicatat dalam slip gaji.

“Saya tidak tanya sebab ia nampak ok,” beliau memberita pada sidang media tersebut.

Katanya, beliau memohon RM44,000 tetapi hanya RM32,000 dimasukkan ke akaun banknya.

“Mereka dakwa mereka buat potongan untuk duti stem,” katanya.

Bagaimanapun, apabila menerima dokumen berkaitan, beliau dapati duti stem hanya RM10.

“Mana bakinya?” tanya pegawai kastam yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana.

Beliau berkata, syarikat tersebut mengenakan caj berjumlah RM66,000 termasuk kadar hutang ke atasnya.

Selepas diberitahu demikian, beliau melaporkan kepada kumpulan pengguna untuk mendapatkan pengurangan kadar faedahnya.

Farhana berharap tidak ada lagi penjawat awam yang tertipu dengan cara yang beliau hadapi itu.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");