Panasnya Hari Ini

Ahli PPBM Diminta Bertenang, Usah Perbesar Isu Minta Kontrak

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya menasihatkan ahli akar umbi bertenang dan tidak memperbesarkan permintaan jawatan dan kontrak kerajaan yang disuarakan perwakilan dalam perhimpunan agung tahunannya Ahad lalu.

Beliau berkata, cubaan menyingkirkan Ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak sepatutnya timbul kerana pemimpin muda itu ada hak bersuara dalam parti demokratik itu.

“Perhimpunan agung tahunan adalah pentas untuk berbahas dan menyuarakan pendapat. Semuanya berbeza pandangan. Mesej sangat jelas, ada yang meminta, ada yang tidak. Janganlah sampai ada isu nak pecat orang tu, orang ni.

“Isu pecat-pecat ini perlu tunggu pemilihan parti. Kita ada perlembagaan dan peraturan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ahad lalu, Syed Saddiq dalam perhimpunan agung tahunan PPBM membidas perwakilan Wilayah Persekutuan kerana meminta jawatan dan kontrak kerajaan.

Ia disusuli ucapan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang secara terbuka menggesa kerajaan tidak mengabaikan ketua bahagian dalam pemberian kontrak kerana mereka diperlukan untuk mengekalkan jentera parti dan memenangi pilihan raya.

Tetapi, seorang pegawai PPBM berpangkat tinggi hari ini memberitahu FMT “sekumpulan kecil” ketua bahagian yang bersuara lantang mahu Syed Saddiq digulingkan kerana membidas perwakilan yang meminta kontrak dan jawatan dalam kerajaan.

Katanya, Syed Saddiq bersama beberapa pemimpin PPBM lain cuba melindungi parti daripada ketua bahagian terbabit yang didakwa cuba mencari dana bagi pemilihan parti kerana tahu mereka akan “disingkirkan”.

Marzuki berkata, kenyataan Syed Saddiq tidak sepatutnya disalah ertikan kerana ia mempunyai asas kukuh.

“Saya rasa Syed Saddiq juga cakap ada ‘point’ dia, (tetapi) dari segi pendirian kerajaan, ada sikap keterbukaan, semua boleh masuk tender, tidak ada masalah asalkan berkelayakan, tidak ada kata kalau ketua bahagian tidak boleh dapat tender,” katanya sambil menambah isu itu langsung tidak menjejaskan PPBM.

Beliau berkata, cubaan menyingkirkan menteri belia dan sukan itu ialah rancangan beberapa ketua bahagian yang tidak mewakili pendirian PPBM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");