Perak Hari Ini

AIM Perak Bakal Buka Cawangan Baharu Di Seri Iskandar

IPOH: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bakal membuka sebuah cawangan baharu di Seri Iskandar sebelum pertengahan tahun ini.

Pengurus Kanan AIM Wilayah Perak Selatan, Norashifah Salleh berkata penubuhan cawangan ketujuh bagi Wilayah Perak Selatan itu akan memberi tumpuan kepada daerah di sekitar Perak Tengah.

Katanya perkara tersebut telah pun dipersetujui pihak atasan ataupun pengurusan AIM.

Difahamkan, dengan pertambahan jumlah cawangan tersebut, secara keseluruhan ia akan menjadi cawangan ke-13 AIM di negeri ini, pada masa hadapan.

Selain itu ujar Norashifah, pada tahun ini juga, AIM Wilayah Perak Selatan menyasarkan pertambahan jumlah ahli yang aktif iaitu sebanyak 18,000 orang.

“Kita berharap dan sasarkan 18,000 orang jumlah sahabat ataupun ahli yang aktif, untuk tahun ini bagi Wilayah Perak Selatan.

“Ia juga sebahagian daripada misi pihak pengurusan yang menyasarkan 400,000 ahli yang aktif atau disebut Jumlah Sahabat Aktif pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan Sahabat AIM di Pasaraya Mydin Meru Raya di sini, hari ini.

Program anjuran Kelab Usahawan Sahabat AIM Ipoh (KuSAIIIP) dan AIM Cawangan Ipoh itu turut dihadiri Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Baddrul Halim Abd Wahab.

Berucap pada majlis berkenaan, Norashifah berkata, AIM kini mempunyai 1,772 ahli di Perak dan daripada jumlah itu, hampir 15,000 berada di Wilayah Perak Selatan.

Tambahnya lagi, pada tahun ini AIM menawarkan pinjaman sehingga RM130 juta di wilayah tersebut dan daripada jumlah itu juga, AIM Cawangan Ipoh bakal menawarkan pinjaman sehingga RM16.5 juta kepada ahli-ahlinya.

“Di Perak secara keseluruhan, hampir 100 peratus menunjukkan rekod bayar balik yang baik. Ia menunjukkan komitmen para peminjam.

“Tidak dilupakan juga usaha ahli-ahli Kelab Usahawan AIM yang turut komited dalam membantu ahli yang lain untuk mereka membayar balik pinjaman yang telah diberikan,” katanya.

Dalam majlis tersebut, KuSAIIIP turut menyampaikan sumbangan kepada 51 penerima yang ditimpa musibah seperti menghidap penyakit kronik, ditimpa kemalangan serta sumbangan berbentuk khairat kematian kepada waris ahli-ahli AIM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");