Berita Hari Ini

Anak Pegawai Pengurusan SSM Serah Dokumen Kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Anak kepada pegawai pengurusan tertinggi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini bagi menyerahkan dokumen berkaitan siasatan ke atas SSM.

Difahamkan, lelaki berusia 20-an itu dipercayai terbabit dalam dakwaan skandal projek membabitkan SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Menurut sumber, lelaki itu diminta hadir untuk menyerahkan dokumen berkaitan siasatan kerana disyaki ada bukti yang cuba disembunyikan hasil siasatan.

Terdahulu, media melaporkan SPRM menjalankan siasatan terhadap anak kepada seorang pegawai kanan di SSM kerana dipercayai terbabit dalam dakwaan skandal projek membabitkan SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Pembabitan suspek berusia 20-an itu terbongkar selepas serbuan dilakukan SPRM di tiga syarikat dan di Menara SSM, 14 Januari lalu.

Satu daripada syarikat yang diserbu itu didakwa mempunyai kaitan dengan anak pegawai kanan berkenaan.

Difahamkan, anak pegawai kanan terbabit disyaki terbabit dengan rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Pada 9 Januari lalu, SPRM merampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian dipercayai membabitkan dakwaan skandal projek SSM yang dianggarkan bernilai RM500 juta di ibu pejabat SSM.

Semua dokumen itu dirampas bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa, ketirisan kontrak termasuk dakwaan rundingan terus yang diperkatakan sebelum ini, kerugian di pihak kerajaan dan penipuan kepada orang awam.

Susulan itu, dua kotak lagi mengandungi 71 dokumen turut dirampas SPRM pada 11 Januari lalu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");