Sukan Hari Ini

Anugerah Ronaldo Bakal ditarik

LISBON: Portugal menimbang untuk menarik semula darjah kebesaran yang diperoleh Cristiano Ronaldo selepas dia dikenakan denda jutaan euro oleh Sepanyol berikutan kes penipuan cukai semasa di Real Madrid, kata presiden negara itu hari ini.

Pemenang lima kali gelaran Ballon d’Or itu dianugerahkan darjah Grand Cross, Order of Merit Portugal pada 2016, ketika pasukan kebangsaan menjulang Kejuaraan Eropah.

Tetapi pada Selasa lalu, dia diarahkan mahkamah Sepanyol untuk membayar 3.57 juta euro (RM16.72 juta), sebagai sebahagian daripada pembayaran 18.8 juta euro (RM88.04 juta) yang dipersetujui.

Pemain kelab Juventus itu sebelum ini berkemungkinan dikenakan penjara dua tahun atas kesalahan terbabit sebelum hukumannya diringankan dengan denda 365,000 euro (RM1.71 juta) dan penalti lain 3.2 juta euro (RM14.99 juta).

“Peraturannya adalah sangat mudah: bergantung kepada canselor perintah kebangsaan untuk melihat jika sesuatu berlaku bakal menyebabkan kehilangan pengiktirafan itu,” kata Presiden Portugal, Rebelo de Saouse memberitahu pemberita, lapor Harian Metro.

Ini bermakna canselor Order of Merit Portugal, salah satu daripada beberapa cawangan sistem pengiktirafan di negara itu, akan memutuskan sama ada pemain berumur 33 tahun itu didapati cukup bersalah bagi menarik semula pengiktirafan yang diberi.

“Kami akan menyerahkan kepada mereka yang berkuasa di bahagian perundangan untuk memutuskannya dan lihat sama ada peraturan itu terpakai atau tidak dalam kes ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");