Jenayah

Bahu Kanak-kanak Tertusuk Kayu

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan keadaan mengerikan apabila sebatang kayu tertusuk pada bahu kirinya di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum, dekat sini, petang Jumaat.

Menurut BH Online, Anuar Sali, 8, yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Tawau (HT) untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke HT sebaik menerima panggilan pada jam 3.09 petang.

Katanya, sebaik tiba di hospital itu, pihaknya mendapati seorang kanak-kanak lelaki tertusuk kayu pada bahu kiri.

“Kayu berkenaan berjaya dikeluarkan selepas memotongnya dengan peralatan khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan. Operasi memotong kayu tamat jam 3.48 petang,” katanya di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");