Membawang Hari Ini

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR:: Bapa kepada penyanyi Aizat Amdan iaitu Datuk Amdan Mat Din meninggal dunia kerana angin ahmar pada jam 1.10 pagi Rabu.

Aizat berkongsi berita duka itu di akaun Instragram dan Twitter miliknya.

Menerusi perkongsian yang sama, Aizat turut memberitahu yang proses pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Kampung Melayu Ampang sebelum dikebumikan selepas waktu Zohor.

Aizat pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang merosot selepas diserang strok buat kali keempat pada penghujung 2017.

Sejak itu, Allahyarham menjalani sesi rawatan dan pemulihan di beberapa hospital di ibu negara.

Aizat sempat berkongsikan pengalaman beliau menjaga bapanya menerusi surat terbuka yang turut diterbitkan Astro AWANI pada Mac 2018.

Aizat juga menghasilkan lagu ‘Harapan Jadi Nyata’ yang diilhamkan daripada sajak yang ditulis bapanya pada pertengahan tahun lalu lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");