Membawang Hari Ini

Bapa Sakit, Britney Spears Batal Persembahan Residen

PENYANYI terkenal Britney Spears membatalkan persembahan residen terbaharunya Domination yang bakal berlangsung di MGM Las Vegas bermula bulan depan dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.

E Online dan Mstar melaporkan Britney membuat keputusan itu kerana ingin menjaga bapanya, Jamie Spears yang sedang sakit sejak dua bulan lalu akibat usus pecah.

“Saya tidak tahu dari mana hendak mulakan kerana ia amat sukar buat saya. Saya tidak akan mengadakan persembahan untuk konsert Domination.

“Saya sangat ternanti-nantikan konsert itu untuk bertemu anda semua tahun ini dan ini membuatkan saya berasa sedih.

“Bagaimanapun buat masa ini sangat penting untuk meletakkan keluarga sebagai keutamaan dan itu adalah keputusan yang saya terpaksa saya buat,” katanya di Instagram.

Menerusi status itu, Britney mendedahkan beberapa bulan lalu bapanya dimasukkan ke hospital dan hampir tidak dapat diselamatkan.

“Kami sangat bersyukur beliau selamat tetapi perjalanannya untuk pulih masih panjang. Saya perlu membuat keputusan sukar ini dan memberikan fokus dan tenaga buat keluarga.

“Saya harap anda semua faham. Saya hargai semua doa dan sokongan anda terhadap keluarga saya ketika ini,” tulisnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");