Perak Hari Ini

Bekas ADUN Gunung Semanggol Meninggal Dunia

BAGAN SERAI: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Mohamad Zawawi Abu Hassan disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping awal pagi tadi.

Menurut adiknya Shukri Hassan, Allahyarham Mohamad d Zawawi, 42, meninggal dunia pada jam 6.15 pagi kerana tekanan darah tinggi.

Ketika dihubungi, beliau berkata Allahyarham abangnya dimasukkan ke Hospital Taiping pada jam 6.30 petang semalam selepas mengalami tekanan darah tinggi.

Shukri berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Maizul Rosmawati Meor Ibrahim, 41, dan tiga orang anak.

Katanya, berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Tebuk Panchur, di sini, namun waktunya belum ditetapkan.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan jatuh dan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Tebuk Panchur, Bagan Serai tahun lalu.

Allahyarham turut dikatakan mengalami pendarahan dalam kepala sebelah kanan yang dipercayai berpunca daripada tekanan darah tinggi pada Februari tahun lalu

Allahyarham Mohamad Zawawi yang mewakili PAS telah memenangi kerusi DUN Gunung Semanggol pada Pilihan Raya Umum ke-13 selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkarnain Ismail dan calon Bebas, Halidi Wahab dengan majoriti 1,405 undi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");