Berita Hari Ini

Bekas CEO Anak Syarikat Kerajaan Perak Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat miliki kerajaan negeri Perak kerana disyaki menerima rasuah berupa pembayaran pembinaan rumah banglo miliknya yang dianggarkan bernilai lebih RM450,000.

Suspek berusia 57 tahun begelar Datuk itu ditahan di pejabar SPRM Perak pada jam 11.20 pagi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes terbabit.

Menurut sumber, lelaki berkenaan ???dipercayai menerima bayaran bagi pembinaan rumah banglo miliknya daripada seorang kontraktor yang mempunyai urusan rasmi dengan tertuduh dalam satu kontrak kerja infastruktur melibatkan anak syarikat kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Ipoh, esok.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");