Panasnya Hari Ini

BN Ada Kelebihan, Tapi PH Akan Cuba Rampas

CAMERON HIGHLANDS: Pengundi di Parlimen Cameron Highlands tidak boleh mengambil pendirian mudah dengan menjangkakan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata dakwaan pihak lawan bahawa mereka sudah memiliki majoriti undi 4,100, mesti dinafikan pengundi di sini.

“Itu (BN kata mereka miliki majoriti 4,100 undi) memang kita ambil kira. Ada orang kata PAS sudah sokong UMNO. Tidak mengapalah kalau BN (kata) akan menang.

“Kita cuba untuk tidak menang tak apakah? tidak bolehlah macam tu. Ya.. kita tahu ini kerusi BN, ya..ini kubu kuat mereka. Tetapi walau macam mana susah sekalipun, kita kena menang untuk rakyat Cameron Highlands,” katanya.

Majoriti 4,100 undi disebut Guan Eng itu merujuk jumlah majoriti diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, yang ditambah dengan lebih 3,500 undi diperoleh PAS.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan, berkata kemenangan kepada calon Pakatan Harapan (PH) mesti diberikan bagi membolehkan usaha pembangunan di kawasan itu dapat dilaksana dengan jayanya.

“Cameron Highlands kena ubah jadi lebih baik. Lebih maju untuk anak-anak kita. BN boleh buat apa? bela (Datuk Seri) Najib (Razak) saja. Kita mahu majukan bukan satu orang, tapi kita mahu majukan seluruh pengundi Cameron Highlands.

“Kita tidak bermaksud kalau kita tidak menang tidak akan bantu, tidak, tapi kita mahu lebih baik calon yang menang itu ada bersama (sama parti) dengan kita (PH),” katanya berucap pada ceramah PH sempena PRK di Tanah Rata, di sini.

Beliau juga mengharapkan pengundi luar terutama generasi muda supaya pulang pada Sabtu ini, bagi memastikan peluang kemenangan yang lebih cerah kepada calon PH, M Manogaran.

“Ini perlawanan yang susah bagi PH. Kalau semua anak muda yang ada di luar balik, kita boleh menang. Tolong panggil kita punya pengundi di luar untuk pulang mengundi demi kemajuan Cameron Highlands,” katanya.

Sementara itu, veteran DAP, Lim Kit Siang, akui peluang untuk merampas semua kerusi itu mencabar, namun PH tetap memiliki peluang untuk meraih kemenangan.

“Sungguh pun sambutan (diterima PH) kuat, kita memang susah (untuk menang). Saya tidak begitu yakin. Kalau kita mahu menang di Cameron Highlands, sangat susah.

“Tapi tahun lalu, 9 Mei kita berjaya buat keputusan bersejarah. Kita tukar kerajaan, kita tendang UMNO dan BN, kita usir Najib dari Putrajaya, PH jadi kerajaan Persekutuan..hari itu berapa ramai yang agak kita akan menang,” katanya.

Katanya, PRU yang lalu, PH akhirnya menang dan menunjukkan kepada dunia akan kuasa rakyat, biarpun gagal meraih kemenangan di Cameron Highlands.

“Kalau kita menang Sabtu ini..ia akan menjadi satu lagi kemenangan yang lebih bererti dan lebih besar daripada kemenangan di PRU Ke-14,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");