Panasnya Hari Ini

BN Akan Rombak Kabinet Bayangan, Kata Ismail Sabri

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan untuk merombak barisan Kabinet bayangan yang diumumkan tahun lalu, selepas beberapa ahli Parlimen Umno meninggalkan parti itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikhnya belum ditetapkan.

“Belum ada tarikh (perbincangan). Lama lagi Parlimen akan bersidang…(bulan) Mac,” katanya kepada FMT hari ini.

Pada 26 September lalu, BN mengumumkan Kabinet bayangan yang terbahagi kepada 28 jawatankuasa mengikut portfolio (JKP) untuk meneliti dasar dan tindakan kerajaan.

Ia dianggotai semua ahli Parlimen BN yang terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Antara ahli dalam Kabinet bayangan BN yang meninggalkan Umno adalah Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengawasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Datuk Azizah Mohd Dun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) serta Datuk Seri Ronald Kiandee (undang-undang).

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pemangku presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan perlu merombak barisan Kabinet bayangan itu.

“Kalau dah keluar daripada Umno dan jadi (wakil rakyat) bebas, dia sudah tidak jadi ahli Parlimen BN dan Umno. Jadi, Kabinet bayangan itu sepatutnya dia dah tak terlibat.”-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");