Panasnya Hari Ini

BN Namakan Ramli Sebagai Calon PRK Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional menamakan bekas penolong pesuruhjaya polis, Ramli Mohd Noor sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Dengan pengumuman itu, PRK Cameron Highlands menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Pakatan Harapan (PH) dan MyPPP.

Calon PH dari DAP, M Manogaran akan berdepan saingan daripada Ramli dan Tan Sri M Kayveas yang juga Presiden MyPPP.

Pada PRU-14, Datuk C Sivarraajh dari BN memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan 10,307 undi menewaskan Manogaran dan tiga calon lain.

Pada 4 Jun lalu, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan keputusan PRU-14 pada 9 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang disandang Sivarraajh daripada MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berikutan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan pilihan raya berkenaan terbatal lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");