Sukan Hari Ini

Chelsea Sedia Tawar Kontrak Lumayan Buat Hudson-Odoi, Elak Terlepas Ke Bayern Munich

CHELSEA bersedia menjadikan Callum Hudson-Odoi sebagai salah satu pemain bola sepak remaja dengan bayaran terbaik dunia untuk mengekalkannya di kelab itu.

Bayern Munich mempunyai hasrat untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun itu dengan ketara pada bulan ini.

Tawaran terbaharu kelab Jerman itu bernilai £35 juta (RM186.87 juta), satu bayaran yang luar biasa memandangkan Hudson-Odoi belum memulakan satu permainan dalam Liga Perdana Inggeris.

Remaja itu difahamkan berminat dengan perpindahan ke Bundesliga kerana dia merasakan Bayern lebih cenderung memberi peluang lebih baik buatnya.

Bagaimanapun, Chelsea melakukan usahanya yang terakhir untuk menghalang Hudson-Odoi daripada meninggalkan Stamford Bridge bulan ini dengan menawarkan kontrak baharu yang lumayan, yang membuatkan dia setanding dengan bakat-bakat dunia lain.

Sportsmail difahamkan bahawa kelab itu sanggup menawarkan Hudson-Odoi satu perjanjian baharu bernilai minimum £50,000 (RM266,946) seminggu, meningkat sehingga £70,000 (RM373,718) seminggu sekiranya dia memenuhi sasaran tertentu.

Hudson-Odoi, yang dibesarkan di Wandsworth di London, England kini memperoleh pendapatan dalam lingkungan £22,000 (RM117,459) seminggu.

Perjanjian itu menunjukkan betapa seriusnya Chelsea untuk mengekalkan bintang mereka di kelab itu. – Dailymail UK/Mstar online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");