Perak Hari Ini

DAP Tolak Keras Cadangan Naib Presiden Bersatu

IPOH:DAP Perak menolak keras cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya ketua-ketua bahagian dan cawangan parti itu diberikan projek kerajaan.

Pengerusinya, Nga Kor Ming, DAP sama sekali tidak bersetuju terhadap cadangan yang disifatkan sebagai satu budaya buruk Barisan Nasional (BN) yang ingin diserap masuk ke dalam Pakatan Harapan (PH).

“PH menang kerana rakyat mahu kerajaan telus dan bersih menjaga semua didahulukan ini bukan budaya pakatan harapan dan kami tidak bersetuju.

“Kami menyokong kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mana masing-masing mempertahankan budaya bersih,” katanya kepada media selepas hadir pada majlis perlantikan Ketua Kampung baru di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Katanya lagi, sesiapa yang ingin mendapatkan kontrak kerajaan harus dibuat secara tender terbuka dan memohon bukannya menerusi rundingan terus kepada ketua bahagian.

“Ianya adalah budaya lama daripada BN bukan PH, saya rasa rakyat juga berikan sokongan dan mahu perubahan ini berlaku,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai peluang PH memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Pahang yang disifatkan kubu kuat bagi BN.

“PH akan mencuba sedaya upaya dan kita akan gerakkan jentera ke sana,Cameron Highland adalah kerusi kubu kuat BN malah sejarah telah buktikan kita tidak pernah menang di sana tetapi kita akan cuba sedaya upaya selaras dengan wawasan Malaysia baru.

“Kami berdoa supaya pengundi akan membuat perubahan memberikan kemenangan kepada PH buat pertama kali dalam sejarah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");