Perak Hari Ini

Dari Seni Foto Kepada Seni Paip Tembakau

“Ada Gaya Tersendiri” itu yang boleh digambarkan apabila melihat susuk tubuh seseorang menghisap paip tembakau disamping pembawakan karakter individu itu yang tersendiri.

Walaupun zaman semakin moden, namun paip tembakau tetap ada peminatnya malah tidak hairanlah paip tembakau atau rokok paip yang satu ketika dahulu mungkin dianggap ‘oldskool’ bagi sesetengah anak muda mulai diminati golongan itu termasuk pengumpul setianya.

Zulkarnain Mohd Saidin atau lebih selesa disapa sebagai Abang Zul yang kini bersara sebagai jurugambar di sebuah syarikat akhbar tempatan menjadikan bidang ciptaan paip tembakau ruang baru untuknya mencurah bakat seni dimilikinya selepas beraksi dalam dunia fotografi.

Jelas Zulkarnain menghisap paip adalah gaya klasik dan punya nilai sentimental tersendiri malah individu tersebut pastinya kelihatan bergaya apabila memegang sebatang paip tembakau yang setiap satunya diukir dengan pelbagai rekaan unik mengikut citarasa masing-masing.

Warisi Bakat Seni Ayah

Mula bercerita mengenai bakat mengukir paip tembakau, Zulkarnain berkata kayu jering merupakan kayu pertama yang diukirnya menjadi sebatang paip tembakau selain belajar ilmu ukiran melalui kenalan yang turut membuat paip tembakau.

“Biasanya ketika umur 20-an belajar menghisap paip tembakau dan apabila berpeluang berkhidmat di negeri adanya waktu terluang saya mula mencari idea, terlihat dahan pokok jering dan saya cuba ukir menjadi paip tembakau.

“Sememangnya saya tidak mempunyai ilmu bertukang tetapi arwah ayah dahulu ada bertukang membuat almari dan sebagainya mungkin bakat seninya itu ada dalam diri saya juga,” katanya.

Katanya setelah percubaan pertama membuahkan hasil kerja mengukir paip tembakau mula diusahakannya secara serius dan sebagai hobi sekitar tahun 2015.

“Saya belajar dengan seorang rakan cara dan teknik membuat paip tembakau dan kini saya mampu hasilkan pelbagai rekaan untuk dijual kepada peminat paip tembakau,” katanya.

Bercerita mengenai harga jelas Zulkarnain harga sebatang paip tembakau bukannya murah dan boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit.

Katanya, jika membeli paip tembakau di kedai, paling murah harganya RM400 manakala yang dibuat eksklusif pula boleh mencecah ribuan ringgit.

“Fikirkan mahal untuk membelinya, saya cuba membuatnya sendiri guna kayu jering dengan peralatan manual.

“Untuk cubaan pertama, paip tembakau siap antara dua hingga tiga hari dan kini jika saya fokus pastinya saya boleh menyiapkan satu-satu rekaan dalam tempoh yang singkat,” katanya ketika ditemui Peraktoday di rumahnya di Taman Chepor Indah, di sini.

 

Zulkarnain berkata, hasil jualan paip tembakaunya kini dijadikan pusingan modal bagi membeli pelbagai peralatan mengukir paip berkenaan.

Katanya, bahagian chamber, shank dan filter perlu dibuat dengan tepat bagi menghasilkan pembakaran sekata selain jumlah pembakaran tembakau yang betul untuk memberi kepuasan ketika menghisap.

Sedia Terima Tempahan

Zulkarnain berkata, sehingga kini dia telah reka lebih 500 paip yang dijadikan koleksi dan masih disimpan rapi dan sebahagian dijual.

Menurutnya, setiap pelanggan yang berminat yang menempah boleh menghantar sendiri rekaan paip tembakau mereka atau memberi idea kepadanya bagi menghasilkan ciptaan unik itu.

“Setiap paip direka, dihasilkan dalam bentuk berbeza di antara satu sama lain. Tiada yang serupa jadi pelanggan pastinya memiliki rekabentuk yang istimewa sesuai dengan mereka.

“Rekaan paip berbentuk bebas dan mengikut perkembangan semasa termasuk bentuk vape. Paip ini dibuat mengikut kreativiti dan terbaru berbentuk Gandalf yang menarik minat seorang rakan untuk membelinya,” katanya.

Malah penulis sendiri turut berpeluang melihat sendiri setiap ukiran paip tembakau dan terpegun dengan ukiran paip menggunakan tanduk rusa, ‘pocket paip’ serta ‘straight paip’.

Mengulas lanjut mengenai jenis kayu yang digunakan kata Zulkarnain kayu jenis kemuning mas, penawar hitam, merbau serian dan ‘briar’ antara yang sesuai digunakan untuk penghasilan paip.

“Penjagaannya mudah hanya perlu bersihkan dan simpan di tempat yang sesuai, paip bukan, lagi untuk golongan kaya dan elit kini semua golongan boleh mendapatkannya kerana harganya berpatutan mengikut rekaan,” katanya.

Bukan sahaja minat mencipta paip tembakau Zulkarnain juga turut menyimpan pelbagai koleksi barangan antik terutama pemetik api yang unik termasuk koleksi dari luar negara.

Bagi anda peminat atau pengumpul paip tembakau sekiranya berminat untuk melihat sendiri keunikan rekaan paip tembakau hasil seni Zulkarnain boleh menghubunginya di laman facebook http://fb.me/zulapamacamkawan atau menghubungi Zulkarnain di talian 0146033066.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");