Membawang Hari Ini

David Beckham Sumbang £23 Juta Untuk Jenama Fesyen Victoria Beckham

BEKAS pemain bola sepak England, David Beckham telah menyumbangkan sebanyak £23 juta (RM125 juta) kepada perniagaan fesyen isterinya, Victoria Beckham sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menurut sumber, Victoria telah memfailkan kerugian sebanyak £10 juta (RM54 juta) pada hujung tahun 2017.

Namun begitu, David telah menyumbangkan wang secara berperingkat dan sehingga kini, jumlahnya telah mencecah £23 juta.

Laporan portal Dailymail menyebut, jenama mewah berkenaan difahamkan telah mengalami kerugian sejak tahun 2008 namun tidak diketahui umum.

Antara figura terkenal yang sering menyarung helaian Victoria Beckham adalah Lady Gaga, Meghan Markle dan Kendall Jenner, namun pengaruh mereka tidak mampu memulihkan kewangan jenama terbabit memetik sumber Astro Gempak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");