Berita Hari Ini

Doktor Dituduh Hina Bekas Agong Letak Jawatan Serta-merta

KUALA LUMPUR: Seorang doktor yang dituduh menghina bekas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai doktor di Klinik Mediviron di Kajang, serta-merta.

Menurut laporan MalaysiaKini, doktor terlibat juga dilaporkan telah memohon maaf di akaun Facebook peribadinya, kata Mediviron dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas isu itu menjadi tular dan dikecam pengguna maya.

Mediviron, yang mempunyai banyak cawangan klinik di seluruh negara, berkata mereka kecewa dengan komen doktornya itu.

Menurut klinik itu, kenyataan itu tidak mencerminkan pendapat kakitangan dan pengurusan kumpulan klinik itu.

“Nilai-bilai yang kami tanamkan selama 33 tahun dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik oleh doktor-doktor dan jururawat kami meliputi pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia kami sentiasa berlandaskan prinsip Rukun Negara,” menurut kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");