Membawang Hari Ini

Dulu Takut, Sekarang Seronok – Anuar Zain

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Anuar Zain mengakui, sebelum ini jenuh menjawab pertanyaan peminat yang mahu mendapatkan kepastian sama ada dia masih aktif menyanyi atau sebaliknya.

Namun, selepas mempunyai akaun media sosial, Instagram, Anuar, 48, berkata, ia memudahkannya berinteraksi dengan peminat, terutama berkongsi perkembangan kerjaya.

“Paling penting, saya berpeluang menjawab terus pelbagai persoalan peminat, terutama mereka yang tertanya-tanya apakah saya masih aktif atau sebaliknya.

“Sebelum ini, agak jenuh saya menjawab pertanyaan mereka memandangkan saya hanya berpeluang bertemu peminat ketika membuat persembahan,” katanya lapor Berita Harian.

Anuar tidak menafikan, sebelum ini, dia agak skeptikal dengan fungsi media sosial dalam membangunkan kerjaya seninya.

Melihat pengalaman beberapa rakan baiknya yang terpaksa berdepan pelbagai andaian negatif, membuatkan dia kurang selesa berkongsi kehidupan peribadinya secara terbuka.

Justeru, ketika mula membuka akaun media sosial, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini memilih untuk membataskan akses pengikutnya.

“Saya tidak mahu diri terdedah kepada aura negatif dan komen menakutkan kerana lambat-laun ia akan memberi kesan kepada minda.

“Beberapa rakan turut menasihatkan supaya saya mengawal apa yang dimuat naik bagi mengelakkan komen negatif.

“Hanya baru-baru ini, saya menukar tetapan di akaun media sosial kepada umum supaya dapat lebih dekat dengan peminat,” katanya.

Penyanyi lagu Sedetik Lebih itu turut teruja apabila dapat berkongsi video peminat yang gemar menyanyikan lagu popularnya.

“Seronok rasanya apabila dapat berkongsi hal positif dan memberikan semangat kepada orang lain. Tidak sangka, saya dapat membahagiakan orang lain menerusi media sosial,” katanya.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Anuar berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk melebarkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan serum penjagaan wajah dan tudung bawal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");